Uncategorized

Family Gathering di Kundasang Sempena Hari Raya

Petang hari raya ketiga, family mertua Kak Wazie balik dari Tawau-Sandakan dan singgah bermalam di Kundasang.

Memandangkan Kak Wazie tidak join beraya ke Tawau, kami decide untuk join bermalam di Kundasang. So kami bertolak jam 3pm dan sampai di Kiram’s Village, Mesilau sebelum jam 5pm.

Dalam perjalanan hujan turun, bila sampai Homestay memang sangat sejuk. Lepas turunkan beg, terus mandikan anak-anak dan pakaikan baju tidur. Solat asar dan minum minuman panas.

Malam tu kami barbeque. Lepas makan terus tidur. Malam tu Kak Wazie terjaga sebab rasa panas. Terus buka selimut sampai subuh. Entahlah sebab memang panas ataupun sebab pregnant. Hihi.

Subuh tu rasa sejuk balik sebab kena air sejuk. Lepas solat Subuh, kak Wazie & husband terus makan Maggi Asam Laksa & minum milo panas. Best sangat makan waktu sejuk. Haha.

Lepas tu bila suasana di luar sudah terang sikit, kami jalan-jalan sekitar kawasan homestay untuk ambil gambar & tengok pemandangan. Bagi pendapat Kak Wazie view gunung dari homestay ni memang dekat tapi tidak berapa cantik sebab dekat sangat sampai terlindung dengan bukit dan hutan. Tapi keadaan homestay ok dan memuaskan.

Jom tengok gambar-gambar pulak.

2 thoughts on “Family Gathering di Kundasang Sempena Hari Raya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge