Uncategorized

Open House Hari Raya Kedua

Tiap tahun, family Kak Wazie akan buat open house pada hari raya kedua. Menu wajib ialah laksa dan ketupat. Lepas tu ada nasi. Menu nasi bertukar-tukar ikut mood Mak hehe.

Semalam tetamu datang seawal jam 10 pagi – 6 petang. Alhamdulillah. Jom tengok gambar makanan open house semalam. Ada yang tunggang terbalik belum dapat rotate sebab guna phone.

Laksa dan gengnya
Lamban
Rendang daging
Sayur campur
Nasi ganja
Ayam masak merah
Ketupat

Setakat hari raya keempat ni, Kak Wazie baru beraya ke 3 buah rumah sahaja. Semua pun rumah keluarga terdekat. Rumah kawan-kawan, tiap tahun pun Kak Wazie jarang datang beraya. Hihi. Tunggu ada yang dekat-dekat menjemput, barulah Kak Wazie pegi.

Nanti mungkin buat open house di rumah mentua pulak. Biasanya akan buat lewat-lewat sikit. Setakat ni plan pun belum ada lagi. Kalau ada nanti bolehla Kak Wazie update dalam blog.

Ok, selamat meneruskan hari raya keempat hari ni. Makan berpada-pada tau, peringatan untuk diri sendiri lah terutamanya. Hehehe.

7 thoughts on “Open House Hari Raya Kedua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge