Uncategorized

Resepi Biskut Chocolate Chip

Seperti yang Kak Wazie janji dalam entry lepas, hari ni Kak Wazie kongsikan resepi biskut Chocolate Chip yang Kak Wazi baru buat masa hari last puasa tu. Kak Wazie ambil resepi dari post Facebook yang adik ipar Kak Wazie share dari tahun lepas. Kak Wazie rasa yang dia buat, memang sedap. So memandangkan kali ni punya kuih raya belum cukup, so kita tambahlah yang senang-senang dan boleh dapat banyak untuk satu adunan.

Resepi asal Kak Wazie darab 2 kuantiti bahan dia tau. So yang Kak Wazie share ni ialah kuantiti yang Kak Wazie buat. Boleh dapat hampir 200 biji cookies bergantung kepada saiz.

Bahan-bahan:

Resepi asal dari : The Dapur Story

Bahan A
1 cawan butter
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula perang
1/2 cawan gula kastor
2 biji telur
1 tbsp susu segar
1 tsp vanilla
Secubit garam

Bahan B
4 cawan tepung gandum
2 tbsp serbuk koko
2 tbsp tepung jagung
1 tsp bikarbonat soda
1 tsp cream of tatar

Bahan C
2 cawan chocolate chips
3/4 cawan almond flakes 

Cara-cara membuat:

Campurkan kesemua bahan A dan pukul hingga sebati.
Bahan A yang sudah sebati.
Ayakkan campuran bahan-bahan B.
Masukkan campuran Bahan B yang telah diayak ke dalam mangkuk adunan berisi Bahan A tadi dan pukul hingga sebati seperti dalam gambar.
Masukkan almond dan Chocolate chip ke dalam adunan.
Adun hingga sebati. Proses ni Kak Wazie guna tangan sahaja sebab takut kacang hancur.
Ambil adunan lebih kurang 1 tsp dan susun ke dalam loyang. Bentuk random dan jarakkan sebab nanti dia akan mengembang.
Cookies selepas dibakar. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit.

Senang kan. Jangan lupa cuba ya. Rasa dia memang sedap dan rangup. Lepas buka puasa tu Kak Wazie rasa, sampai berkeping-keping jugaklah merasanya tu. Hehe.

8 thoughts on “Resepi Biskut Chocolate Chip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge