Uncategorized

Hari Raya Pertama 2017

Salam Syawal semua. Hari Raya pertama kawan-kawan buat apa? Kak Wazie balik kampung Mak. Sempat ziarah kubur sekejap dan beraya di rumah makcik. Sebuah rumah ja sempat singgah sebab kena pegi airport ambil adik & family dia yang baru sampai dari Kuala Lumpur.

Rumah makcik hidang nasi berlauk & soto daging oh sedap sangat. Anak-anak pun makan banyak. Alhamdulillah.

Sebelum balik kampung sempatlah bergambar satu family tapi kurang lengkap. Kak Wazie share gambar family kecil saja lah dulu okey. Hihi. Sebab gambar lain ada dalam camera & phone adik.

Warna tema raya sedondon kami warna kuning tahun ni. Warna yang sudah lama Kak Wazie mengidam. Haha. Tapi tidak dapat berfesyen-fesyen pun sebab sudah boyot sangat. Raya tahun depan lah kita pakai kebaya. Misi kurus dulu dengan Set Kurus Shaklee waktu berpantang nanti.

Jemput datang open house rumah parents Kak Wazie di Tuaran hari ni ❤

6 thoughts on “Hari Raya Pertama 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge