Uncategorized

Persiapan Hari Raya 2017

Raya tahun ni Kak Wazie beraya di rumah parents, so segala perancangan yang besar-besar memang Mak yang tentukan. Kami hanya ikut dan tolong apa yang perlu.

Menu wajib setiap tahun ialah ketupat palas dan laksa. Biasanya raya kedua kami buat open house. Sebab raya pertama tu pegi ziarah open house keluarga dan sanak saudara di kampung Mak di Telipok dulu.

Tahun ni Mak & Ayah awal-awal sudah masak serunding ayam. Dan semalam sudah siap buat ketupat daun palas. Kak Wazie tiada tolong pun sebab sibuk buat Cornflakes Madu kan. Hehe.

 

Hari ni pulak buat Chocolate Chip Cookies. Nanti bolehlah Kak Wazie kongsi resepi lagi.

 

Baju raya pun Kak Wazie sudah iron awal-awal semalam. Sebab pagi raya mesti kelam-kabut dengan anak-anak lagi. Berebut turn iron lagi kan. Hehe. So bila sudah settle bab iron baju tu, memang rasa lega.

Untuk yang dekat-dekat Tuaran, jemputlah datang rumah Kak Wazie masa Raya kedua nanti. Salam Aidilfitri.

 

5 thoughts on “Persiapan Hari Raya 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge