Uncategorized

Ramadhan & Raya 2017

Ramadhan kali ni sememangnya berbeza bagi Kak Wazie sebab tengah pregnant trimester ketiga. Dua kali sebelum ni rasanya trimester pertama dan kedua. Tapi alhamdulillah Kak Wazie masih dapat bertahan puasa penuh. Masa pregnant 1st dan 2nd dulu ada ponteng 1 atau 2 hari sebab minum air gula MOGTT dan sakit.

Syukur kali ni tiada masalah. Kak Wazie risau jugak baby dalam perut tapi setiap kali checkup, jantung baby ok. Pergerakan baby pun ok, aktif macam biasa. Dan Kak Wazie sendiri rasa masih larat berpuasa. So teruskan saja lah niat untuk berpuasa tu. Kalau ada masalah apa-apa memang Kak Wazie sudah decide untuk tidak puasa.

Tahun ni sepatutnya giliran beraya sebelah suami, dan kami akan balik kampung ibu mertua di Tawau (9 jam perjalanan). Tapi oleh sebab Kak Wazie sudah masuk 35 minggu, kira sudah sarat lah jugak kan. Hehe. So terpaksa tukar giliran beraya sebab risau lah travel jauh naik kereta. Mau naik flight pun sudah tidak dibenarkan kan.

Semoga raya kali ni membawa seribu kebahagiaan untuk kita semua. Kak Wazie mohon ampun dan maaf kalau ada terkasar bahasa atau ada salah silap sepanjang menulis dalam blog ni. Maaf zahir & batin ya ❤

4 thoughts on “Ramadhan & Raya 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge