Uncategorized

Resepi Cornflakes Madu

Memandangkan semua orang sudah start bercuti, adik Kak Wazie pun sudah balik dari hostel. Dia beriya-iya mau buat kuih raya cornflakes madu. Biasanya Kak Wazie akan tolong adunkan bahan-bahan, adik yang sudukan masuk dalam paper cup. Lepas tu Kak Wazie bakar. So tidaklah penat sangat kan.

Jadi Kak Wazie kongsikan resepi dulu hari ni.  Nanti baru update gambar ya. Resepi kali ni Kak Wazie follow Azie Kitchen lagi. Hihi. Kalau bukan Azie Kitchen, mesri follow Mat Gebu. Resepi mereka berdua ni meyakinkan sikit. Hehe.

RESEPI CORNFLAKES MADU.

Biskut Cornflakes Madu
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan ( 50-60 biji )
4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan – ikut suka)

Cara-cara
Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.

Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.

Sudukan ke dalam paper cup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka.

Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.

8 thoughts on “Resepi Cornflakes Madu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge