Hobi

Resepi Agar-agar Kering


Bulan puasa kali ni Kak Wazie teringat mau makan agar-agar kering. Sebenarnya memang jarang makan benda ni sebab jarang jumpa dijual di mana-mana. Pernah beli di bazar Ramadhan masa zaman study di Kuantan dulu. Selalu juga teringat mau makan tapi sebab susah dijumpa, jadi lama-lama terlupa.

Tapi mungkin kali ni tengah pregnant, konon takutlah baby yang mengidam kan. Haha alasan. Hari tu Kak Wazie post lah di Facebook dan Instagram tanya-tanya siapa tau ada jual di mana. Ada kawan bagitau pernah jumpa di Wisma Muis. Jadi sudah plan mau terjah Wisma Muis lah ni minggu lepas.

Tapi rupa-rupanya ada sorang sahabat baik Kak Wazie nun jauh di Kuala Terengganu sudah belikan dan poskan ke Sabah ni untuk Kak Wazie. Terharu betul. Thank you Huda, you are so sweet! Jauh di mata dekat di hati kan.

Sebenarnya resepi agar-agar kering ni senang ja, sama macam buat agar-agar biasa tu. Tapi yang agak susah tu ialah part menjemur di panas matahari tu. Sebab rumah Kak Wazie ni tiada tempat sesuai. Habis dikerjakan oleh kucing yang berbelas ekor tu pulak nanti kan. Jadi kalau dapat beli yang sudah siap di kedai tu, rasa senanglah sikit kan. Boleh terus makan. Harap-harap proses pembuatan dan penjemuran oleh pihak penjual tu bersih lah kan. Hehe.

Di sini Kak Wazie sertakan sekali resepi dari Azie Kitchen untuk sesiapa yang teringin dan rajin mau buat sendiri agar-agar kering ni.


Agar Agar Kering
 
Bahan-bahan:
60 gm agar-agar bertali
1300 ml air
150 gm gula batu – diketuk halus
1200 gm gula pasir
Pewarna makanan (merah, oren, purple dan kuning)
 
Cara-cara:
  1. Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya. 
  2. Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur. 
  3.  Masukkan gula batu dan gula. Kacau rata.  masak sehingga gula batu hancur.Angkat dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan.
  4.  Sejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk bentuk yang menarik.
  5.  Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.
Nota:
Anda boleh ketuk dahulu gula batu bagi ia menjadi ketulan kecil supaya ia cepat hancur baru masukkan dalam periuk.

7 thoughts on “Resepi Agar-agar Kering

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge