Hobi

Resepi Tart Nenas Gulung

Salam Ramadhan. Kali ni Kak Wazie mau share resepi tart nenas gulung yang Kak Wazie guna selama lebih kurang 8 tahun sudah. Tart nenas resepi ni jenis yang rapuh, terus cair di mulut bila makan.

Tapi mohon ampun maaf awal-awal sebab Kak Wazie lupa sumber resepi ni sebab sudah lama sangat kan. Hehe. Mohon halal ya tuan empunya resepi.

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara membuatnya.

Bahan-bahan yang diperlukan.
  • 250g butter
  • 70g gula icing
  • 1tsp esen vanila
  • 2 biji kuning telur
  • 350g tepung gandum
  • 50g tepung jagung
  •  jem nenas secukupnya
  • kuning telur untuk sapu
Ini  ialah antara peralatan yang diperlukan.
Ini jem nenas yang dibentukkan terlebih dahulu supaya senang masa proses menggulung-gulung tu.
Step 1: Gaul butter &  gula icing hingga sebati.
Step 2: Masukkan kuning telur & esen vanila dan gaul lagi hingga sebati.
Step 3: Masukkan tepung jagung & tepung gandum.
Step 4 : Uli hingga jadi doh. Kalau lembut sangat, tambahkan tepung. Kalau keras, boleh tambahkan butter 🙂
Step 5 : Paipkan doh dengan acuan tart nenas gulung.
Step 6 : Letakkan inti dan gulung!
Siap!
Susun atas tray yang dilapik kertas minyak. Sapu kuning telur yang ditambah sedikit pewarna kuning supaya lebih menarik. Kuning telur yang meleleh akan buatkan tart nenas melekat pada tray selepas dibakar.
Bakar selama 15-20 minit pada suhu 180C.
Sebenarnya resepi ni mudah ja. Yang susah sikit part tekan doh dalam acuan tu. Kalau buat banyak mesti sampai sakit tangan. Hehe.
Biasanya Kak Wazie guna jem nenas yang tersedia di pasaran. Tapi sebenarnya lagi sedap kalau buat sendiri jem tu. Next time lah kita share resepi jem nenas homemade pulak ya.
Oh ya, sebenarnya gambar ni gambar beberapa tahun dulu. Sebabnya tahun ni Kak Wazie tidak buat kuih yang ni sebab kekangan di perut. Haha. InsyaAllah tahun depan kita usahakan buat kuih raya banyak-banyak okey.

13 thoughts on “Resepi Tart Nenas Gulung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge