Uncategorized

Bercuti di Kudat

Bulan lepas, Kak Wazie berkesempatan curi masa bercuti di Kudat dengan keluarga. Perjalanan dari Tuaran ke Kudat dalam 3 jam macam tu. Sebenarnya plan utama pegi Kudat ialah untuk bawa adik dan family dia yang belum pernah sampai Tip of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau tu. Siap plan tinggal di hotel supaya boleh pegi situ tengok sunset.

Kami sampai hotel dalam jam1.30pm dan terus check in. Kak Wazie suka sangat stay di hotel ni sebab 2 tingkat jak. Bilik kami di tingkat 2 dan menghadap laut. Best dan cantik. Lepas siap simpan barang dan solat, kami pergi ke bilik parents untuk makan lunch. Mak Kak Wazie masak bekal dari rumah tau. Hehe. Rajin kan.

View dari tingkap bilik

So lepas siap makan, kami rehat-rehat lagi sebelum bertolak ke Tanjung Simpang Mengayau dalam jam 4pm. Tapi cuaca tidak menyebelahi kami. Niat asal mau elak panas terik matahari, tapi rupanya hujan lebat pulak yang kami dapat. Hehe. Sempat ambil beberapa gambar kenangan saja sebelum terpaksa pulang sebab hujan sangat lebat dan ada guruh.

Iman dan sepupunya, Yumna.
Cepat-cepat lari masuk dalam kereta.

So lepas tu kami pun balik ke hotel dengan perasaan hampa sedikit. Hehe. Bersedia untuk plan seterusnya iaitu surprise untuk Mak dan dinner seafood pulak. Memandangkan esoknya hari ibu, so kami sudah plan awal-awal untuk buat surprise ni. Awal-awal lagi Kak Wazie mesej kawan di Kudat tanya pasal baker dan florist, lepas tu terus buat order dan request delivery di hotel. Kek tu ala chocolate indulgence Secret Recipe tau, sedap. Syukurlah ada fridge kecik dalam bilik hotel. Kalau fridge besar, mau dengan bunga-bunga tu sekali Kak Wazie simpan kasi sejuk. Haha.

Kek dan bunga untuk Mother’s Day

The next morning, aktivitinya ialah breakfast dan terus mandi kolam. Iman Ayra dan sepupu-sepupu dia siap beli baju mandi baru tau untuk mandi di kolam ni. Semangat betul para ibu mereka kan. Haha.

Lepas mandi sampai hampir jam 10am, kami pun naik bilik untuk mandi-mandi dan rehat. Jam 12pm kami check out dan balik. Dalam perjalanan tu kami singgah di Masjid SIkuati untuk solat jamak dan teruskan perjalanan sampai ke Kota Belud untuk makan tengahari di Restoran Gula Apong favourite Kak Wazie. Sanggup tahan lapar tau 2 jam perjalanan. Sebab mau enjoy makan waktu lapar. Dan hasilnya tidak sia-sia. Memang sangat enjoy dan puas hati. Hihi.

Nasi Goreng Liking
Ais Gula Apong

Lepas selesai makan, kami pun teruskan perjalanan pulang ke Tuaran. Alhamdulillah memang enjoy sangat bercuti walaupun sekejap. InsyaAllah nanti mau pegi lagi dengan keluarga mentua pulak. Iman tu sebut-sebut sudah mau pegi Kudat lagi. Hihi. Tunggu ibu bersalin dulu ya anak-anak.

Ok, sekian cerita Kak Wazie pergi bercuti. Sampai jumpa lagi ♥

2 thoughts on “Bercuti di Kudat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge