Hobi

Mudahkan Kerja Menjahit dengan Pola Jahitan

Apa itu pola?

Proses menjahit pakaian atau lain-lain produk jahitan memerlukan kita melakukannya langkah demi langkah seperti proses melukis pola, menggunting fabrik dan akhirnya mencantum fabrik. Proses menggunting fabrik adalah lebih mudah dan tepat jika menggunakan pola. Pola (pattern) ialah kertas yang dilukis bentuk-bentuk potongan kain yang akan dicantum menjadi pakaian.

Di bawah ialah contoh pola pakaian yang dilukis di atas kertas.

Cara mendapatkan pola.

Suatu masa dahulu, sebelum zaman teknologi maklumat, segala ilmu menjahit dapat dipelajari di kelas-kelas dengan guru jahitan dan bayaran tertentu. Tetapi pada zaman sekarang, segalanya menjadi lebih mudah apabila ramai tukang jahit yang berkongsi pola¬†secara percuma di atas talian (online). Terdapat pola-pola yang boleh dimuat turun dan dicetak secara percuma. Taipkan sahaja di kotak carian google, contohnya ‘free printable pattern‘.

Ada jugak yang menawarkan kelas berbayar secara online. Kak Wazie juga pernah mengikuti kelas sebegini dengan bayaran yang minimum dan dapat mempelajari cara melukis pola untuk pelbagai jenis pakaian wanita.

Selain itu juga, cara paling mudah untuk mendapatkan pola jahitan ialah dengan membelinya terus daripada penjual pola. Terdapat sangat banyak perkhidmatan seperti ini pada masa kini.

Pilih saja fesyen pakaian dan berikan saiz pakaian atau ukuran badan anda, dan penjual pola akan membuatkannya untuk anda. Biasanya harga pola untuk sepasang pakaian dewasa dijual pada harga RM35.

Kak Wazie pernah menggunakan ketiga-tiga cara yang Kak Wazie tuliskan di atas.

One thought on “Mudahkan Kerja Menjahit dengan Pola Jahitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge