Shaklee

Rahsia Ibu Berpantang Sihat dan Cergas dengan Set Pantang Shaklee

Pantang Selepas Bersalin.

Setiap wanita yang melahirkan bayi sama ada secara normal atau pembedahan mesti melalui tempoh berpantang. Proses berpantang ini sangat penting untuk memastikan badan dan rahim ibu pulih semula setelah melalui perubahan fisiologi semasa hamil dan juga proses melahirkan itu sendiri. Jika tidak berpantang, dikhuatiri badan ibu tidak mendapat rehat dan sembuh seperti biasa. Ini akan berisiko mendatangkan masalah sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang. Antara kesannya ialah seperti ibu akan mudah mengalami sakit-sakit badan, bentan atau paling digeruni ialah tombong.

Ketika berpantang, terutamanya bagi kaum Melayu akan berpantang dari segi pemakanan. Pemakanan akan dihadkan, dan ada makanan tertentu yang tidak digalakkan untuk diambil. Oleh sebab itu badan cenderung untuk kekurangan nutrisi. Ini berkemungkinan mempengaruhi tahap kesihatan ibu ketika berpantang, badan ibu akan menjadi lemah dan tidak bermaya. Ini akan mempengaruhi mood ibu dan proses penyususan.

Kebanyakan set berpantang hanya untuk bahagian luaran, pil jamu ataupun minuman herba sahaja. Ia mungkin memberi kesan baik kepada tubuh tetapi tidak membantu membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan ibu berpantang.

Masalah Ibu Berpantang.

Terdapat beberapa masalah yang kerap dialami oleh ibu-ibu selepas melahirkan bayi seperti:

  1. Luka jahitan dan pembedahan lambat sembuh.
  2. Sembelit & Buasir
  3. Lemah dan tidak bertenaga
  4. Bentan
  5. Rengat
  6. Bengkak susu
  7. Kurang susu badan
  8. Rambut gugur
  9. Kesan regangan (stretch mark)
  10. Depresi
  11. Berat badan sukar turun

Set Berpantang Shaklee.

Shaklee menyediakan vitamin untuk Set Berpantang (Postnatal Set) yang mengandungi beberapa jenis vitamin untuk ibu-ibu selepas melahirkan dan menyusukan bayi. Set ini membekalkan nutrien penting untuk menyokong proses pemulihan ibu, membantu anda mendapatkan kembali bentuk badan, menambah tenaga dan menyokong kesihatan ibu di samping memberi bayi nutrisi yang mereka perlukan untuk membesar secara kuat dan sihat.

Fungsi setiap satu adalah seperti berikut:

  1. Energizing Soy Protein (ESP) – Memberi tenaga segera kepada ibu berpantang. Sedap, berkhasiat dan mengenyangkan. Protein juga baik untuk pembaikan tisu-tisu dalam badan agar luka cepat sembuh dan memudarkan kesan regangan (stretch mark)
  2. Vita-C Plus – mempercepat pembaikan luka, meningkatkan sistem imun agar ibu tidak mudah jatuh sakit semasa di dalam pantang.
  3. Vitalea – membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Juga mengandungi Zink untuk mencegah masalah keguguran rambut yang kronik.
  4. B-Complex – meredakan tekanan dan membantu pembentukan sel darah merah.
  5. Omega Guard – Baik untuk kesihatan otak dan mata, anti-radang dan baik untuk kesihatan jantung. Membantu dalam proses penurunan berat badan.
  6. Ostematrix – menggantikan semula kalsium yang hilang, mengelakkan sembelit semasa berpantang, sangat diperlukan oleh ibu yang menyusu kerana kalsium juga dibekalkan kepada bayi melalui susu ibu.
  7. Alfalfa Complex – Bertindak sebagai penggalak susu ibu. Mula diambil selepas bayi bebas dari penyakit kuning. Membantu dalam penurunan berat badan.

Ibu -ibu berpantang juga boleh menambahkan Lecithin dan Vivix sekiranya perlu.

  1. Lecithin – mencegah bengkak susu dan membantu penurunan berat badan.
  2. Vivix – membantu penyembuhan luka, membantu menurunkan berat badan, memberi tenaga.

Hubungi Kak Wazie.

Masih ragu-ragu atau ada banyak persoalan tentang Set Pantang Shaklee? Untuk maklumat lebih lanjut tentang Set Pantang atau untuk tempahan dengan harga yang lebih jimat, boleh Whatsapp ke nombor 016-810 0457 atau PM di Facebook Wahidah Haron.
Atau terus buat pembelian menggunakan kad kredit/debit melalui link ini:

Wazie | 016-810 4057
Pengedar Shaklee Sabah.
COD Tuaran-Kota Kinabalu.
Pengeposan Seluruh Malaysia.

6 thoughts on “Rahsia Ibu Berpantang Sihat dan Cergas dengan Set Pantang Shaklee

  1. Pengalaman sendiri, anak kedua ambil full set berpantang ni dan alhamdulillah sangat enjoy berpantang.. walaupun anak keluar masuk wad sebab masalah jantung berlubang, dan terpaksa habiskan pantang dalam wad.. badan still ok dan bertenaga macam dah habis pantang. Syukur! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge