Uncategorized

Kepentingan Asid Folik Untuk Ibu Hamil

Apa itu Asid Folik.

Asid Folik (Folate) ialah salah satu vitamin dalam kumpulan vitamin B iaitu vitamin B9. Asid Folik penting untuk ibu mengandung terutamanya pada 12 minggu pertama. Ia juga penting untuk wanita yang merancang untuk hamil, sekurang-kurang 3 bulan sebelum hamil.

Sumber Asid Folik.

Asid Folik wujud secara semulajadi dalam makanan seperti:

  1. Hati ayam
  2. Daging, ayam, telur
  3. Kekacang
  4. Beras perang, barli, oat
  5. Sayuran hijau

Kepentingan Asid Folik ketika hamil.

Asid Folik penting untuk ibu hamil untuk:

  1. mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) pada bayi seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spina bifida)
  2. Mengurangkan risiko keguguran, kelahiran paramatang dan kematian bayi ketika lahir.
  3. Mengurangkan risiko kekurangan sel darah merah (anemia)
  4. Mengurangkan risiko kecacatan lain pada bayi seperti sumbing, kecacatan jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge