Hobi

Resepi Almond London Mat Gebu

Alhamdulillah hari ni 14 Ramadhan, sudah separuh perjalanan puasa kita. Kak Wazie masih puasa penuh, sebab masih larat puasa lagi. Hehe. Harapannya dapat lah puasa penuh tanpa masalah. Amin.

So hari ni aktiviti Kak Wazie ialah buat kuih raya. Bahan buat kuih sudah beli hari Rabu lagi. Sementara adik Kak Wazie masih cuti sekolah, ambillah kesempatan tu kan supaya ada assistant. Biasanya Kak Wazie ambil part adun tepung ja. Bentukkan kuih tu biar orang lain buat, Kak Wazie tolong2 sikit ja. Then Kak Wazie bakar.

Jom kita tengok resepi yang Kak Wazie guna setiap tahun untuk buat Almond London. Ini resepi dari blog Mat Gebu. Memang sedap dan rangup.

Bahan-bahan utama: 

  • 250g mentega
  • 150g gula aising
  • 2 biji kuning telur
  • 2 tsp esen vanila
  • 450g tepung gandum
  • 2 tsp emplex

Bahan lain:

  • Badam berkulit
  • Badam cincang
  • Coklat masakan
  • Paper cup

Cara-cara:

  1. Bakar badam dalam ketuhar dengan suhu 150°C selama 15 minit.

2. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.

3. Masukkan kuning telur dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati.

4. Masukkan campuran tepung dan emplex yang diayak bersama, dan pukul hingga sebati.

5. Uli dengan tangan hingga menjadi doh seperti dalam gambar di bawah.

6. Ambil lebih kurang 1 tsp adunan dan balutkan badam. Bentukkan lonjong.

7. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar pada suhu 170°C selama 15 minit.

Kak Wazie buat sampai sini saja tadi. Sebab plan untuk salut coklat pada minggu terakhir puasa nanti. Nanti lepas salut coklat, Kak Wazie update lagi resepi ni okay 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge