Shaklee

Ostematrix Bantu Atasi Masalah Kejang Kaki Semasa Hamil

Pernahkan anda tiba-tiba terjaga di tengah malam kerana betis atau kaki anda menjadi kejang (cramp)? Keadaan ini kerap terjadi kepada wanita hamil terutamanya apabila usia kandungan semakin membesar dan juga kepada ahli sukan.

Biasanya rasa kejang dapat dihilangkan atau dilegakan dengan menolak tapak kaki ke atas. Namun kadangkala rasa sakit pada betis masih terasa walaupun rasa kejang sudah tiada. Ini akan mengganggu tidur, apatah lagi wanita hamil biasanya mengalami kesukaran mendapatkan tidur yang selesa dan sering terjaga.

Kualiti tidur pasti akan terjejas dan mungkin turut mempengaruhi prestasi kerja pada keesokan hari tidak kiralah yang bekerja di pejabat atau di rumah.

Mengapa Kekejangan Kerap Terjadi Kepada Ibu Hamil.

Sebenarnya keadaan kejang ini terjadi apabila pengecutan otot berlaku secara tidak terkawal dan seterusnya otot tidak dapat berehat secara normal. Semasa hamil, rahim yang membesar memberikan tekanan pada salur darah mengganggu perjalanan darah ke kaki. Kaki yang penat membawa berat badan yang berlebihan juga mudah untuk kejang.

Punca kekejangan ini terjadi ialah:

  1. Kekurangan air di dalam badan.
  2. Kekurangan mineral seperti magnesium, potassium, kalsium dan sodium.
  3. Posisi kaki yang kurang baik semasa tidur menyebabkan kurang pengaliran darah.

Cara Mengatasi Kekejangan.

Masalah kejang ini boleh diatasi dengan:

  1. Memastikan ibu hamil mengambil air yang cukup setiap hari.
  2. Mengambil makanan yang mengandungi mineral yang diperlukan
  3. Tidur dengan posisi kaki yang lebih tinggi (gunakan bantal dan sebagainya).
  4. Pengambilan supplement kalsium dan magnesium untuk memastikan keperluan mineral harian mencukupi.

Produk Shaklee yang sangat sesuai dan berkesan untuk mengatasi masalah kejang kaki ini ialah Ostematrix. Ostematrix mengandungi kalsium dan juga magnesium yang diperlukan oleh badan. Magnesium penting untuk fungsi saraf yang normal dan juga untuk pengecutan otot. Inilah yang membantu mengatasi masalah kekejangan itu sendiri.

Testimoni Ibu Hamil pengguna Ostematrix.

Kak Wazie sendiri adalah pengguna tegar Ostematrix semasa kehamilan kedua dan ketiga. Sewaktu kehamilan pertama, Kak Wazie sangat kerap mengalami masalah kejang kaki semasa tidur. Berbanding dengan kehamilan kedua, hanya sekali dua. Dan untuk kehamilan ketiga yang mencecah 8 bulan, alhamdulillah belum pernah mengalami kejang kaki.

 

Penafian:  Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk pembelian terus Ostematrix menggunakan kad kredit/debit, boleh klik link di SINI.
Jika anda berminat untuk mendaftar ahli dan dapatkan Ostematrix dengan harga lebih murah, atau mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi Kak Wazie di link Whatsapp ini www.wasap.my/60168104057

Wazie | 016-810 4057
Pengedar Shaklee Sabah.
COD Tuaran-Kota Kinabalu.
Pengeposan Seluruh Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge