Uncategorized

Bahaya Anemia Ketika Hamil

Anemia.

Anemia ialah keadaan di mana badan kekurangan zat besi. Ketika hamil, badan memerlukan 30mg zat besi setiap hari. Setiap kali pemeriksaan bulanan di klinik, darah akan diambil untuk melihat bacaan Hemoglobin (HB) setiap ibu yang hamil. Bacaan yang baik haruslah melebihi 11.0 gm/dl. Namun ada sesetengah ibu hamil yang mengalami masalah bacaan Hemoglobin yang rendah dari paras normal. Zat besi ini penting dalam pembentukan Hemoglobin, iaitu sel darah merah yang diperlukan untuk membantu pengangkutan oksigen dalam darah ke seluruh badan dan juga kepada bayi melalui uri.

Simptom-simptom Anemia.

Simptom-simptom Anemia adalah seperti berikut:

  1. Mudah pitam
  2. Sakit kepala
  3. Badan lemah
  4. Kulit pucat
  5. Degupan jantung yang laju.
  6. Mengidam makanan yang di luar kebiasaan

Bahaya Anemia.

Anemia sangat bahaya kepada ibu hamil kerana akan meningkatkan risiko seperti:

  1. keguguran kandungan
  2. kelahiran bayi pramatang & kurang berat badan.
  3. masalah perkembangan pada bayi
  4. bayi lahir turut mengalami masalah anemia
  5. tumpah darah semasa bersalin
  6. tiada tenaga meneran bayi kerana badan yang lemah
  7. bersalin dengan bantuan vakum atau forsep

Siapa yang berisiko?

Siapa yang berisiko untuk mengalami anemia ketika hamil?

  1. Wanita yang hanya mengambil makanan yang rendah zat besi
  2. Wanita yang mengandung anak kembar
  3. Badan sedia kekurangan zat besi sebelum hamil disebabkan jarak kehamilan yang rapat atau keluar darah haid yang sangat banyak sebelum hamil
  4. Penghidap Thalassemia

Cara Mengatasi Anemia.

Cara untuk mengatasi anemia ialah dengan mencukupkan bekalan keperluan harian zat besi dalam badan kita. Seperti yang kita sedia maklum, sumber terbaik bagi zat besi ialah dari makanan harian kita. Makanan yang kaya dengan zat besi termasuklah:

  • sayuran berdaun hijau tua
  • roti bijian penuh
  • kentang
  • daging merah
  • kerang-kerangan
  • kismis
  • prune
  • kekacang

Namun ada sesetengah ibu hamil tetap mengalami bacaan hemoglobin yang rendah. Ini menandakan kekurangan zat besi pada diet harian. Kebiasaannya pihak klinik akan membekalkan pil zat besi kepada ibu hamil untuk mencukupkan keperluan zat besi pada tubuh. Namun kadangkala pil ini mempunyai kesan sampingan seperti sembelit, loya, cirit-birit dan sakit perut. Jika masalah seperti ini berlaku, doktor akan memperskripsikan jenama lain atau mengurangkan dos. Ada ketikanya juga pil zat besi tetap tidak membantu menaikkan bacaan Hemoglobin dan perlu menambah dos yang diambil.

Contoh pil zat besi yang sesuai untuk ibu hamil ialah:

  • Iron tablets Ferrous Fumarate
  • Iberet Folic
  • Neurogain
  • Obimin
  • Sangobion
  • Vitalea Shaklee

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge