Uncategorized

Jom Jahit Sendiri Baju Raya Anak

Salam  11 Ramadhan.

Hari ni kita up entry santai-santailah ya. Kak Wazie sebenarnya dalam mode menjahit baju ni, tapi curi-curi masa jugak update blog kesayangan ni supaya ‘hidup’ dan tidak bersawang kata orang. Hehe.

Kalau ikut perancangan awal, Kak Wazie mau jahit 4 pasang baju. 1 pasang baju sendiri, baju melayu Iman sepasang, baju kurung Ayra sepasang dan baju kawan Kak Wazie sepasang. Tapi kebetulan minggu lepas pergi Jakel, ada baju melayu Upin Ipin so selamatlah beli baju melayu untuk Iman.

Minggu lepas jugak Kak Wazie siapkan baju kurung Ayra. Niat hatinya mau buat fesyen baby doll, tapi outcome kurang memuaskan so alter lagi jadi entah fesyen apa. Jom tengok gambar baju Ayra yang sudah siap ni. Tema tahun ni warna kuning. Lama sudah mengidam mau tema sedondon warna kuning ni, tapi baru tahun ni tercapai.

So ada 2 pasang baju lagi Kak Wazie mau jahit. Doakan Kak Wazie berjaya siapkan baju ni dengan cantik dan kemas ok!

Yang in progress sekarang ialah baju kawan Kak Wazie. Mencabar jugak, sebab kain siap sulam tu.

Lepas siap yang ni, Kak Wazie jahit baju raya Kak Wazie sendiri pulak. Jubah saja lah tahun ni sebab waktu raya tu sudah 9 bulan mengandung. Buat jubah yang ada pleats di depan lah supaya ada ruang untuk perut. Lepas bersalin pun still boleh pakai. Till next post, Selamat Berbuka Puasa Maghrib nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge