Uncategorized

Kehamilan Sihat Bersama Set Hamil Shaklee

Kehamilan adalah satu fasa yang sangat indah untuk seorang wanita. Mengetahui hadirnya satu nyawa di dalam rahim membawa pelbagai rasa. Kehamilan adalah fitrah, tetapi tidak boleh diambil mudah. Penjagaan rapi untuk ibu hamil adalah sangat perlu untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan terpelihara dan berada dalam keadaan memuaskan.

Nutrisi Ibu Hamil.

Dalam entry ini Kak Wazie akan kongsikan nutrisi-nutrisi yang penting untuk seorang ibu yang sedang hamil. Antaranya ialah:

  1. Asid Folik – Penting untuk pertumbuhan sel dan saraf tunjang bayi. Kekurangan asid folik akan meningkatkan risiko kecacatan pada bayi seperti sumbing, kecacatan tulang belakang (spina bifida) dan kecacatan tempurung kepala bayi (a
  2. Zat Besi (Iron) – Penting dalam pembentukan hemoglobin, diperlukan untuk membantu pengangkutan oksigen dalam darah ke seluruh badan dan juga kepada bayi melalui uri.
  3. Vitamin B Kompleks – Untuk fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat.
  4. Vitamin C – Menguatkan sistem imun ibu hamil dan membantu penyerapan zat besi.
  5. Kalsium – Mengelakkan masalah tulang rapuh, gigi rapuh dan kekejangan.

Masalah Ibu Hamil.

Seorang wanita yang hamil akan mengalami perubahan pada fisiologi tubuh badannya berbanding semasa tidak hamil. Perubahan-perubahan ini kadangkala akan mendatangkan pelbagai masalah kesihatan kepada ibu yang hamil. Antara masalah kesihatan yang biasa dihadapi oleh ibu hamil ialah:

  1. Anemia – Anemia ialah keadaan di mana kurangnya sel darah merah (hemoglobin) di dalam darah. Ibu hamil yang mengalami anemia akan mengalami simptom seperti mudah pitam, badan lemah, kulit yang pucat dan degupan jantung yang laju. Anemia pada ibu hamil adalah sangat bahaya kerana ia meningkatkan risiko keguguran, kelahiran bayi pramatang dan kurang berat badan, masalah perkembangan pada bayi, bayi lahir turut mengalami masalah anemia, masalah tumpah darah semasa dan selepas bersalin dan harus bersalin dengan bantuan luar (vakum atau forcep) kerana badan yang lemah dan tiada tenaga untuk meneran bayi.
  2. Loya dan Muntah – kehadiran hormon HCG (Human chorionic gonadotropin) yang dihasilkan oleh plasenta selepas proses impantasi akan menyebabkan sesetengah ibu hamil mengalami loya dan muntah-muntah.
  3. Sembelit – peningkatan hormon progesteron ketika hamil menyebabkan usus memproses makanan dengan lebih perlahan. Keadaan bayi yang semakin membesar pada trimester ketiga juga memberi tekanan kepada pergerakan usus dan menjadi punca sembelit.
  4. Buasir – Tekanan kepala bayi menyebabkan vena di sekeliling anus membengkak. Sembelit yang sangat teruk dan kerap terjadi akan meningkatkan risiko terjadinya masalah buasir pada ibu hamil.
  5. Gusi berdarah – gusi akan menjadi lebih lembut dan mudah cedera semasa kehamilan. Gusi juga mungkin akan membengkak, menyebabkan plak terkumpul pada dasar gigi. Ini akan menyebabkan penyakit gusi dan pereputan gigi.
  6. Pedih ulu hati – Ini disebabkan injap pada esofagus mengendur kerana perubahan hormon. Oleh itu asid perut mengalir semula ke esofagus dan menyebabkan ketidakselesaan.
  7. Kekejangan – Biasa dihadapi terutamanya pada waktu malam semasa tidur dan ianya adalah sangat menyakitkan.
  8. Diabetis ketika hamil (Gestational Diabetis) – Diabetis ketika hamil akan meningkatkan risiko mendapat jangkitan kuman di bahagian sulit, keguguran, air ketuban berlebihan (polihydramnios), bayi bersaiz besar melebihi 4kg, bayi mati dalam kandungan, kecacatan saraf tunjang dan jantung bayi.
  9. Tekanan darah tinggi (Pregnancy induced hypertension) – Hipertensi boleh menyebabkan ibu mengalami sawan jika tekanan darah tinggi tidak terkawal. Selain itu ia juga boleh menjejaskan fungsi buah pinggang, uri terpisah dari rahim menyebabkan kematian bayi, tumbesaran bayi mungkin terbantut, bayi kurang berat lahir dan kelahiran tidak cukup bulan.

Vitamin Shaklee Untuk Ibu Hamil.

Set Hamil Shaklee (Prenatal Set) menyediakan vitamin lengkap yang diperlukan oleh ibu hamil, di samping vitamin-vitamin lain yang membantu mengatasi kebanyakan masalah-masalah kesihatan sepanjang kehamilan.

 

Fungsi setiap vitamin dalam Set Hamil Shaklee ini ialah:

  1. Energizing Soy Protein (ESP) – Merupakan protein yang berasal dari tumbuhan iaitu soya non GMO yang baik untuk pembentukan tisu di dalam badan. Mengandungi 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita. ESP membantu memberi ibu hamil tenaga sepanjang kehamilan, terutama bagi yang mengalami alahan dan hilang selera makan di awal kehamilan. Indeks glisemik ESP yang rendah juga sangat sesuai bagi ibu hamil yang berisiko atau telah menghidap diabetis ketika hamil. ESP juga membantu ibu hamil untuk mengatasi masalah gastrik.
  2. Vitalea Iron Formula – merupakan multivitamin dan multimineral yang lengkap dengan zat besi dan asid folik. Sangat baik untuk ibu hamil yang mengalami masalah anemia.
  3. Vita C Plus – merupakan vitamin C dari sumber jagung yang kaya antioksidan, membantu meningkatkan sistem imun ibu hamil agar tidak mudah jatuh sakit. Menyokong kesihatan gusi, tulang, otot dan saraf bagi ibu hamil.
  4. B-Complex with Folic Acid – membekalkan asid folik yang penting untuk perkembangan saraf tunjang janin dan mengurangkan risiko kecacatan pada bayi. Mengandungi 8 kumpulan vitamin B, berbanding vitamin B kompleks yang lain hanya mengandungi 3 kumpulan vitamin B. B-Complex juga mempunyai fungsi anti-stress, dan menukarkan apa yang kita makan kepada tenaga.
  5. Ostematrix – membekalkan kalsium yang mencukupi untuk ibu hamil bagi menampung keperluan harian. Mengandungi juga magnesium dan vitamin D untuk penyerapan kalsium yang optimum. Ostematrix juga membantu merehatkan otot dan membantu masalah sembelit kerana kandungan magnesium yang ada di dalamnya. Kalsium yang cukup juga akan mengelakkan sakit badan, sakit tulang belakang, sakit pinggang, sakit lutut, dan mengelakkan kekejangan kaki pada ibu hamil.
  6. Omega Guard – baik untuk perkembangan otak janin, membantu mengawal berat badan ibu hamil dan membantu mengawal tekanan darah ibu hamil.

Vitamin tambahan yang dicadangkan selain yang ada dalam Set Hamil ini ialah seperti:

  1. Garlic Complex – untuk ibu hamil yang ada masalah tekanan darah tinggi dan keputihan. Ini kerana Garlic Complex merupakan antivirus semulajadi yang membantu menghalang jangkitan virus.
  2. Peppermint Ginger Plus – Untuk ibu hamil yang mengalami loya, mual dan badan berangin.
  3. Performance Drink – Untuk ibu hamil yang mengalami dehidrasi kesan daripada muntah-muntah akibat alahan teruk di awal kehamilan.

Testimoni Pengguna.

  1. Ibu hamil kekal cergas dan bertenaga dengan Set Hamil Shaklee. Mari tonton video ini.

2. Set Hamil membantu menyelesaikan masalah anemia pada ibu hamil ini.

Hubungi Kak Wazie.

Masih ragu-ragu atau ada banyak persoalan tentang Set Hamil Shaklee? Untuk maklumat lebih lanjut tentang Set Hamil atau untuk tempahan dengan harga yang lebih jimat, boleh Whatsapp ke nombor 016-810 0457 atau PM di Facebook Wahidah Haron.
Atau terus buat pembelian menggunakan kad kredit/debit melalui link ini:

Wazie | 016-810 4057
Pengedar Shaklee Sabah.
COD Tuaran-Kota Kinabalu.
Pengeposan Seluruh Malaysia.

One thought on “Kehamilan Sihat Bersama Set Hamil Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge