Shaklee

Saya Kak Wazie, Pengedar Shaklee Tuaran.

Assalamualaikum semua, Salam 9 Ramadhan.

Welcome new readers! Rasanya lebih afdhal kalau Kak Wazie perkenalkan diri dulu serba sedikit kan. Kak Wazie berumur 32tahun, merupakan seorang surirumah sepenuh masa, sudah berkahwin selama lebih 6 tahun, dengan 2 orang cahaya mata dan sedang hamil anak ketiga. InsyaAllah 2 bulan lagi akan melahirkan lagi seorang permata hati. Alhamdulillah. Suami Kak Wazie pulak berumur 33 tahun, berasal dari Tuaran dan bekerja dengan SKMM.

Kak Wazie berasal dari Tuaran, secara rasminya melantik diri sendiri sebagai Pengedar Shaklee Tuaran. Kalau ada sesiapa tinggal area Tuaran dan perlukan vitamin, bolehlah contact Kak Wazie di link Whatsapp Kak Wazie.

Sebenarnya Kak Wazie kenal Shaklee pada tahun 2012, selepas bersalinkan anak sulung. Adalah sorang kawan ni contact Kak Wazie dan promote Set Berpantang Shaklee. Sebenarnya masa makan tu tiada rasa apa-apa pun. Hahaha. Sebab first time berpantang terus makan Shaklee, so tiada pengalaman lah kan berpantang tanpa Shaklee. Jadi tidaklah dapat compare.

Tapi Kak Wazie tetap tau Shaklee ni bagus. So waktu mengandung anak kedua, Kak Wazie ambil vitamin Set Hamil tapi tidak full set. Just ambil Vitalea, B Complex, Vita C Plus dan Ostematrix. Hasilnya memang berbeza dengan waktu hamil pertama kali. Hamil kali pertama, just ambil vitamin klinik. Kak Wazie ada masalah sembelit, dan najis pulak warna gelap. Lepas tu kerap sangat cramp kaki waktu malam. Mujur waktu tu suami ada selalu dengan Kak Wazie, dialah penyelamat di tengah-tengah malam bila kaki cramp. Hamil kali kedua dan ketiga memang ambil vitamin Shaklee dan tiada masalah sembelit, paling best tiada cramp kaki waktu malam lagi.

Waktu pantang anak kedua pulak Kak Wazie just ambil Ostematrix, tiada ambil set pantang. Hasilnya waktu baby umur 3 bulan, rambut Kak Wazie gugur dengan jayanya! Waktu anak pertama langsung tiada masalah rambut gugur yang kronik tu, sampaikan Kak Wazie perasan sendiri yang kononnya I am the lucky one lah kan. So Kak Wazie baru dapat bezakan kelebihan makan Set Pantang dan tidak. Dulu masih ada Zinc Complex Shaklee. Sekarang Kak Wazie akan konsisten ambil Vitalea sebagai sumber Zinc.

Lama Kak Wazie stop makan vitamin sebab tiada bajet. Haha. Sampailah ada promosi Ostematrix lagi bulan August 2016. Kak Wazie masa ni tengah diet Atkins yang mana tidak boleh minum susu. So contact balik lah kawan Kak Wazie yang jual Shaklee ni. Mau beli Ostematrix dan register ahli. Kawan Kak Wazie pun ajak buat bisnes, alang-alang sudah daftar ahli kan. Last-last Kak Wazie pun setuju.

Maka September 2016, bermulalah perjalanan Kak Wazie dengan Shaklee. Syukurlah atas tunjuk ajar kawan yang secara rasminya jadi upline Kak Wazie, dengan bermacam-macam kelas yang disediakan, Kak Wazie sudah merasa bonus hasil bisnes Shaklee, Alhamdulillah. Bila banyak belajar tentang nutrisi, baru sedar kepentingan setiap vitamin untuk badan kita. Dari situ Kak Wazie memang konsisten makan vitamin, semestinya dari Shaklee sebab Shaklee sentiasa selamat, semulajadi dan berkesan.

Hamil anak ketiga, Kak Wazie memang ambil Set Hamil fullset, dan sudah plan untuk ambil full set berpantang dan breastfeeding dan kurus sekali. Lepas tu add 0n VIVIX lagi. InsyaAllah. Tak kenal maka tak cinta kan? Bila sudah jatuh cinta, memang susah mau lupa. Hihi. Selain dapat tingkatkan tahap kesihatan, dapat tambah ilmu tentang nutrisi dan vitamin, dapat jugak tambah pendapatan setiap bulan.

Kepada yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang vitamin dan bisnes Shaklee boleh tinggalkan komen atau Whatsapp Kak Wazie. Nanti Kak Wazie reply. Ataupun boleh lawat Facebook, Page dan Instagram Kak Wazie.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge