Shaklee

Kuruskan Badan dengan Cinch Shake Mix Shaklee

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan. Salah satunya ialah dengan melakukan ‘meal replacement’ iaitu dengan menggantikan sajian makanan kepada sesuatu yang lebih ringan tetapi tetap mengenyangkan.

Antara contoh popular ialah dengan menggantikan sajian makanan kepada minuman shake yang lengkap khasiat sama seperti sajian makanan tetapi dengan kalori yang lebih rendah.

Cinch Shake Mix Shaklee adalah pilihan terbaik untuk sesiapa yang ingin menurunkan berat badan dengan kaedah ‘meal replacement’ ini. Rasanya yang sangat sedap dan senang disediakan sememangnya akan memudahkan proses dan usaha kita untuk kurus.

Cinch Shake Mix terdapat dalam 3 perisa pilihan iaitu Chocolate, Vanila dan Cafe Latte. Dan anda boleh gantikan sama ada sarapan, makan tengahari atau makan malam anda dengan Cinch Shake ini tanpa kekurangan nutrisi atau rasa berlapar.

Di samping itu, kandungan Leucine di dalam Cinch Shake Mix ini akan membantu memelihara otot kita sewaktu dalam proses penurunan berat badan. Jadi kita dapat mengelakkan terjadinya masalah kulit yang menggelebeh setelah kita mengalami penurunan berat badan.

One thought on “Kuruskan Badan dengan Cinch Shake Mix Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge