Uncategorized

Resepi Cheesecake Sedap

Hari ni Kak Wazie mau share resepi Cheese cake yang Kak Wazie belajar di Giatmara tahun 2010 dulu. Cheese cake ni jenis creamy dan moist, bukan jenis sponge cake yang ringan gebu tu tau.
A) Adunan Kek
  • 250g cream cheese
  • 75g gula kastor
  • 32g tepung jagung
  • 2 biji telur
  • 125g krim putar
  • 1/2 st esen vanila
B) Lapisan Bawah (Crust)
  • 250g biskut Marie ( dihancurkan)
  • 120g marjerin (dicairkan)
Cara-caranya (^_^)
  1. Mula-mula panaskan ketuhar dan set suhu 150 C. 
  2. Lepas tu balut adjustable cake ring dengan aluminium foil. Balut di bahagian luar, tapi kalau pakai loyang biasa, balut di bahagian dalam.
  3. Bila loyang sudah siap, hancurkan biskut marie sehingga halus dan gaulkan dengan marjerin sehingga serbuk biskut melekat antara satu sama lain. 
  4. Tuangkan serbuk biskut ke dalam loyang. ratakan dan tekan menggunakan jari.
  5. Untuk adunan kek pula. pukul cream cheese, gula kastor dan esen vanila hingga sebati.
  6. Bila sudah sebati, masukkan tepung jagung, telur & krim putar satu persatu. 
  7. Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang tadi.
  8. Jika mahu tambahkan filling, letakkan sedikit filling ke atas adunan kek di dalam loyang dan gaul untuk membentuk corak menggunakan jari.
  9. Bakar menggunakan kaedah steam bath ( letakkan loyang kek ke dalam loyang lain yang berisi air)
  10. Bakar selama 1 jam 30 min. atau sehingga permukaan bahagian atas kek kering dan berwarna perang.
  11. Pastikan cek air di dalam loyang dari semasa ke semasa, jika kering tambahkan air.
Ini krim putar yang kami guna.Sekotak ni boleh guna untuk 5 resepi kek ni.
Sebelum mula buat adunan kek, pukul krim ni sehingga kembang dahulu.
Ini gambar sebelum bakar. Kami letak blueberry filling.
Ini gambar selepas bakar. Selepas siap bakar, sejukkan seketika dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Cara untuk memotong dengan cantik, gunakan pisau tajam yang direndam dalam air panas terlebih dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge