Uncategorized

Aquarium & Muzium Marin UMS

Hari Sabtu, tapi tiada idea mau jalan bawa anak-anak pegi mana. Bila tanya Iman, dia cakap mau tengok gajah, zirafah dan zebra. Haha. Gajah tu ada la di Zoo Lok Kawi. Zirafah & zebra tu mana la mau cari kan. 
Lastly ayah Iman Ayra cadangkan pegi tengok ikan di UMS. Kebetulan memang belum pernah pegi so kami pun pegi. Sampai UMS terus guna google Maps cari diresction sebab UMS kan boleh tahan besar.
So, sampailah kami di Aquarium & Muzium Marin ni. Buka setiap hari kecuali Public Holiday. Bayaran masuk dewasa rm10, kanak-kanak atas 4 tahun rm5, bawah 4 tahun free.
Bangunan muzium marin ni kecil ja. Bila masuk pun ada beberapa akuarium ja. Tapi best sebab ada penyu besar. Almaklumlah jarang nampak penyu. Hehe.
Ada 1 aquarium tu ada ikan kerapu besarrrrr sangat-sangat. Lepas tu ada satu aquarium kecil yang terbuka, ada tapak sulaiman (starfish). Terbuka, so boleh pegang kalau mau. Hehe.

Ni lah antara gambar-gambar dalam muzium tu. Nanti update lagi, sebab banyak gambar lagi dalam phone ayah Iman Ayra. Hihi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge