Uncategorized

Apa Itu Osteoporosis & Bagaimana Ia Terjadi?

Hari ni Kak Wazie mau share info tentang definisi osteoporosis. Info ni Kak Wazie dapat dari buku Family Health Modern Diseases, by Dr Bruce Miller. Kak Wazie translate ke bahasa Melayu sebab tu macam pelik sikit ayatnya. Tapi harap-harap masih boleh difaham lah kan.

Osteoporosis.

Osteoporosis ialah keadaan di mana tulang menjadi rapuh dan lebih mudah patah akibat kemalangan seperti terjatuh dan sebagainya.

Kepatahan yang disebabkan oleh osteoporosis boleh menyebabkan kesakitan, kecacatan, hilang keupayaan untuk bergerak, menjejaskan kualiti hidup, malah boleh mengakibatkan kematian.
Kecederaan boleh berlaku di mana-mana bahagian tulang, namun yang paling ditakuti ialah kepatahan pada tulang pinggul, tulang belakang dan pergelangan tangan.
Osteoporosi juga dikategorikan sebahgai silent disease kerana ia menyerang tulang tanpa kita sedari. Kekuatan tulang seseorang boleh merosot selama bertahun-tahun tanpa mengetahui mereka mengalami osteoporosis sehinggalah tulang tersebut patah.
Osteoporosis boleh menyerang pada semua peringkat umur dan risikonya bertambah seiring dengan pertambahan usia, terutamanya bagi wanita yang telah menopaus. Wanita lebih mudah diserang osteoporosis berbanding lelaki. Ini kerana wanita memang lahir dengan jisim tulang yang lebih rendah. Dan apabila wanita telah menopaus, mereka juga kehilangan jisim tulang kerana kekurangan hormon estrogen.

Memahami Pembentukan Tulang.

Pembinaan tulang berlaku sepanjang masa, kerana tulang kita ialah benda hidup. Ia sentiasa melalui proses penggantian, sama seperti tisu-tisu lain di dalam badan kita. 
Proses ini dinamakan bone remodelling cycle (kitar pembentukan semula tulang) dan ia berlaku setiap 4 bulan di kesemua bahagian tulang manusia.

Sel yang dipanggil osteoclast akan memasuki tulang, memecahkan tulang lama dan memusnahkannya. Selepas itu lompong-lompong tulang lama akan diisi oleh osteoblast. Osteoblast ini akan membentuk jaringan protein yang diperbuat daripada kolagen. Kalsium dan fosfat akan mengisi ruang-ruang di antara jaringan kolagen & tulang baru siap terbentuk.

Proses ini akan berulang semula selepas 3 bulan. Secara klinikal, osteoporosis berlaku apabila proses hakisan tulang lama oleh osteoclast melebihi proses pembinaan tulang oleh osteoblast.
Bayangkan jika tiada bekalan kalsium yang mencukupi, jaringan kolagen tadi tidak terisi dan lompong sahaja. ini bermakna jisim tulang adalah rendah dan tulang terdedah kepada risiko menjadi rapuh dan mudah patah.
Selain kalsium, terdapat beberapa lagi nutrien yang penting untuk pembentukan tulang yang baik dan sekaligus mencegah osteoporosis. Tentang nutrien-nutrien lain, nanti kita bincang dalam post lain pulak okey.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge