Uncategorized

Klinik Pergigian Dr. Joan Wong, Tuaran

Untuk yang tercari-cari klinik gigi di Tuaran, saya recommend klinik Dr Joan Wong ni. Dua kali sudah datang klinik ni. First time dulu bawa Iman, second time baru kelmarin bawa diri sendiri. Hehe.

Klinik ni buka jam 8am-5pm. Kecuali hari Rabu dan cuti umum dia tutup awal, jam 2pm. Masa kami datang kelmarin sudah jam 9am lebih tapi masa tu belum ada orang lagi, so dapat jugak turn yang pertama.

Saya tampal dan cuci gigi. Walaupun gigi berlubang tu tidak pernah sakit, tapi sebab obvious sangat lubang dia so saya tampal lah. Cuci gigi pun paling last 5 tahun lepas. Hahaha. Buruk perangai 😂 itu pun pegi klinik yang tidak best sebab tidak betul2 bersih dia cuci.

Sebelum cuci, doktor tampal dulu. Supaya tampalan tu melekat. Sakit jugaklah masa tampal tu sebab dia bersihkan gigi tu dulu kan. Ngilu sangat2 sebab lubang tu sudah agak dalam. Masa doktor tampal tu saya ingatkan 1 lubang ja dia tampal. Bila bayar baru tau ada dua lubang rupanya 😂

Lepas tampal, doktor cuci atau scaling pulak. Yang ni best sebab puas hati bila dapat rasa alat doktor tu kikis-kikis semua kotoran di gigi. Cuci gigi tidak sakit atau ngilu sangat. Sebab mungkin sudah pernah buat sebelum ni kan. Kalau first time mungkin rasa sakit jugak kot. Hihi.

Lepas siap tu berdebar mau pegi kaunter hahaha. Memang agak mahal lah kan kalau servis di klinik swasta, tapi sebelum ni sudah pernah pegi di hospital Tuaran. Ramai sangat orang, walaupun datang awal dan jadi org pertama masuk ikut pintu belakang lagi. Haha. So masa tu balik dengan hampa jak lah.

Lepas bayar, jangan lupa mintak resit untuk claim ya 😂😂 siap dapat goodies lagi tau. Hehe. Baru plan mau beli berus gigi baru, rupanya dapat dalam goodies jugak. Sekarang ni gigi masih ada rasa ngilu sebab masa cuci tu kan dia pakai alat dia yg macam besi tajam berpusing ka atau vibrate tu, ndak pasti. Haha. Harap esok2 hilanglah ngilu tu.

Masa tampal gigi tu rasa sakit2, doktor pun balik2 bilang sorry. Baby dalam perut pun bukan main menendang2 lagi. Hehe.. syukurlah datang klinik masa kandungan 6 bulan. Nurse di kaunter cakap, kalau pregnant 3 bulan ke atas baru boleh buat rawatan gigi. Kalau masih 3 bulan ke bawah, just cek gigi ja boleh.

Kesimpulan saya, memang best dan puas hati dengan servis klinik ni. Nurse di kaunter dan doktor yang baik dan friendly. Semua best lah kan. Hehe.. next time boleh datang lagi ❤

2 thoughts on “Klinik Pergigian Dr. Joan Wong, Tuaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge