Uncategorized

Antenatal Checkup 23w 5d

Hari ni, pegi checkup lagi di klinik. Kak Wazie checkup 2 minggu sekali sebab sticker kuning. Semata-mata sebab Kak Wazie ni Hep B carrier.

Yang lain-lain syukur tiada masalah setakat ni. Selain dari kena monitor BP haritu dan ukuran tinggi rahim lebih dari sepatutnya. Tapi syukurlah bila monitor BP pun ok, refer doktor untuk tinggi rahim tu pun turn out ok jugak. Masih normal semuanya.

Yang Kak Wazie risau ni berat mau 80kg sudah. 2 minggu naik 1kg tau. Huhu. Tapi nurse cakap ok sebab sudah lebih 20weeks. Lega. Tapi bila dicongak2, mungkin kali ni boleh sampai 90kg rasanya kan. Hehe. Biasanya sebelum bersalin, berat bawah 85kg ja dulu.

Satu lagi yang risau, GDM lagi. Isnin depan kena minum air gula untuk kali kedua pulak. Hope boleh lepas. Tidak larat mau buat BSP. Kalau boleh buat sendiri di rumah tu ok lah jugak kan. Hehe.

Apa-apa hal pun semoga tiada masalah-masalah lain lagi dalam pregnancy kali ni yang boleh bagi effect tidak bagus especially untuk baby dalam perut. Semoga sihat sejahtera hendaknya ibu dan baby sampai selamat melahirkan nanti. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge