Uncategorized

Pengalaman Anak 3 tahun 10 bulan Cabut Gigi

Ok, kesinambungan dari entry Iman sakit gigi yang lepas, dalam entry ni saya akan share proses yang kami lalui untuk cabut gigi Iman yang berumur 3 tahun 10 bulan.
Mungkin boleh jadi panduan untuk ibu yang ada masalah yang sama. Mesti tertanya-tanya prosesnya macam mana kan? Sama macam saya hari tu lah.
Sebelum hari cabut gigi tu doktor wajibkan puasa bermula jam 10 malam. Boleh minum air masak sikit tapi saya langsung tidak bagi Iman minum langsung.
Tujuan puasa sebab takut masa bius nanti doktor masukkan tiub dalam mulut, takut muntah masuk dalam saluran pernafasan. Bahaya pulak kan.
Masa jumpa pakar bius sebulan sebelum tu, dia sudah terangkan risiko tu. Dan satu lagi risiko adalah kalau tiba-tiba anak kita alah atau alergik dengan ubat bius tu. Tapi doktor cakap diorang akan cepat take action kalau apa-apa berlaku.
Giliran Iman yang pertama pukul 7pagi kena ada di wad daycare untuk daftar. Tukar baju hospital, doktor datang cek tanya-tanya soalan sikit, sign borang sikit. Lepas tu terus kena tolak pegi dewan bedah.
Dalam dewan bedah salah sorang ibu atau bapa kena temankan anak masa doktor biuskan dia.
Hari tu ayah Iman yang temankan sebab ibu Iman takut. Ayah Iman cerita, doktor bagi dia sedut ubat bius, dia ikut jak cakap doktor. Mungkin sebab dia takut dan hairan. Dari start baring atas katil, tolak pegi bilik bedah, Iman memang diammmm jak. Kesian pun ada.
Tapi senang lah kerja doktor kan. Kami pun tidaklah susah hati. Tapi ikut cerita doktor, ada budak yang duduk atas katil pun nangis-nangis sudah. Itu biasanya budak yang sudah pernah cabut gigi cara biasa, jadi  mungkin dia trauma bila tau mau cabut gigi lagi.
Lepas iman sedut ubat bius, tidak lama dia pun tertidur. Masa ni ayah Iman kena suruh tunggu dalam bilik lain. Dan doktor buatlah kerja dia.
Tidaklah lama sangat, tidak sampai sejam pun sebab 4 batang gigi jak. Tapi lama dalam bilik bedah untuk tunggu Iman sedar. Ayah Iman balik-balik kejut. Lama-lama Iman bangun jugak. Lepas bangun barulah boleh keluar dari dewan bedah, stay dalam wad daycare sampai boleh discharge.
Doktor cakap bagi makan aiskrim dan minum air kosong dulu sebab takut muntah sebab kesan bius. Ibu bawak pulut panggang ja masa tu. Aiskrim Iman tidak mau makan sebab nurse bagi yang jenis dalam cup.
Iman makan pulut panggang 2 biji sampai habis. Sedangkan dia ni cerewet pilih makanan. Nampak sangat lapar dia tu. Lepas makan dan minum, Iman baring dan tertidur balik. Masih ada kesan bius tu. Syukurlah Iman tidak muntah.
So petang tu dalam jam 4pm lepas doktor datang cek, Iman sudah bole pulang.
Sebelum pulang, pegi buat bayaran di kaunter pembayaran dulu. Cuba teka, berapa charge cabut gigi cara bius penuh ni? RM3.50 sahaja tau. Haha murah sangat kan. Mahal lagi bayar cas sebab surat refer tu dari klinik swasta, RM30. Hehe..
Jom tengok gambar masa cabut gigi tu. Ni masa sebelum dan selepas cabut. Masa cabut tidak dapat ambil gambar lah sebab doktor suruh ayah Iman keluar tunggu tempat khas. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge