Uncategorized

Radikal Bebas Punca Penyakit Kronik

Tahukah anda apa itu radikal bebas? Saya pun baru belajar sikit-sikit tadi. Jadi jom kita sama-sama tengok apa tu radikal bebas. Santai-santai ja lah ya, jangan formal sangat. Hehe

Radikal bebas sebenarnya ialah spesis oksigen dalam badan kita yang kurang 1 elektron.


Dalam gambar di atas ni, yang tengah tu ialah radikal bebas (free radical), dia tidak stabil sebab ada elektron dia yang tidak berpasangan.

Radikal bebas ni akan berusaha untuk curi elektron dari atom oksigen yang sihat (nampak tangan dia tu? Haha)

Jadi kalau keadaan ini dibiarkan,dalam badan kita akan jadi banyak radikal bebas. Radikal bebas ni dalam kajian sudah buktikan dia jadi punca utama penyakit kronik macam kanser & penyakit jantung, dan jugak mempercepatkan penuaan.

Penyebab radikal bebas:
  • sinaran UV
  • asap kenderaan
  • tekanan
  • makanan segera 
  • asap kilang
  • asap rokok 😱

Rasanya di zaman serba maju yang pesat dengan pembangunan ni, kita memang tidak dapat lari dari punca-punca radikal bebas ni. Kalau berkurung dalam rumah untuk cuba-cuba lari dari pencemaran luar, nanti kita dapat radikal bebas yang berpunca dari tekanan pulak kan? Hehe.

Jadi apa yang kita boleh buat ialah mencegah badan kita dari menyimpan banyak radikal bebas. Salah satu cara yang terbaik untuk kita melawan radikal bebas ialah dengan membekalkan antioksidan kepada badan kita.

Antioksidan ini akan menderma elektron kepada radikal bebas supaya dia jadi stabil semula.

So, untuk menentang radikal bebas, kita perlukan antioksidan. Dalam gambar di bawah ialah contoh makanan yang kaya dengan antioksidan. Kalau buah dan sayuran biasanya yang berwarna merah, oren, kuning dan hijau.

Lagi gelap dan pekat warna buah atau sayuran tu, lagi tinggi kandungan antioksidan.

Mungkin agak sukar untuk kita dapatkan buah dan sayuran yang benar-benar tinggi kandungan antioksidan, tapi kita ada pilihan yang lebih mudah iaitu Vivix Shaklee. Vivix dihasilkan dari gabungan bahan-bahan yang sangat tinggi antioksidan, dan boleh dikatakan sebagai sumber antioksidan yang terbaik.

Untuk maklumat lebih lanjut atau konsultasi percuma, jemput Whatsapp di link ini www.wasap.my/60168104057

Wazie | 016-810 4057
Pengedar Shaklee Sabah.
COD Tuaran-Kota Kinabalu.
Pengeposan Seluruh Malaysia.

2 thoughts on “Radikal Bebas Punca Penyakit Kronik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge