Uncategorized

Tips dan cara-cara memulakan Diet Atkins.

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Sihat? Saya sihat alhamdulillah.

Alhamdulillah sekarang sudah masuk 7 bulan lebih saya berjinak-jinak dengan diet Atkins. Walaupun sebenarnya ada off diet jugak hari tu sebab proses pindah rumah yang lebih jauh dari hometown. So di dalam blog ni bolehlah saya kongsikan sedikit sebanyak pengalaman dan pengetahuan saya dengan kawan-kawan semua.
Tapi saya bukan pakar lah pun, apa yang saya tau jak. Kalau ada yang salah, boleh lah diperbetulkan. Komen ja, saya ndak marah. hihi. 

Pertama.

Ok, perkara pertama sekali untuk buat Atkins ialah kita kena tau apa tu atkins, macammana dia berfungsi, pendek kata semuanya info ada tentang Atkins. 
Dulu saya download Nota Diet Atkins di sini <<Nota Diet Atkins>>

So lepas download nota tu, bolehlah print dan baca. Bagi saya nota tu pun sudah cukup lengkap untuk permulaan kita. Baca dan fahamkan betul-betul. Bawalah jalan-jalan kalau takut terlupa apa boleh makan dan tidak boleh makan.

Kedua.

Lepas tu join lah group Facebook, Kelab Diet Atkins [Malaysia]. Dalam group ni pun ada banyak info, ramai yang berjaya kurus dengan Atkins. Banyak testimoni kurus. hehe. Itu yang best. 
Dalam group ni boleh tanya soalan, boleh rujuk menu-menu Atkins yang ahli group share. Tapi sebaiknya sebelum bertanya soalan, fahamkan dulu betul-betul nota atkins yang sudah download dalam step pertama tadi tu. Janganlah masuk-masuk group terus bertanya, ‘saya mau diet, apa yang saya perlu buat?’ Fuhh.. hahhaha. mengamuk admin nanti.

Ketiga.

Cari senarai contoh menu seminggu, ada banyak dalam internet jugak. So dari senarai menu ni, kita boleh plan apa kita mau beli bila pegi pasar. Biasanya ini untuk yang baru bermula mau diet lah. Yang belum hafal lagi apa boleh makan, apatidak boleh makan.
Kalau yang sudah biasa tu, boleh sudah buat menu sendiri. hehe.

Keempat.

Pegi pasar. Beli bahan mentah untuk dimasak ikut menu yang kita sudah rujuk dalam step ketiga di atas. Benda biasa yang saya wajib beli setiap minggu ialah telur ayam sepapan, ayam, ikan dan sayur hijau. Masak sendiri is the best choice sebab kita bolah kawal apa yang kita masukkan dalam masakan kita. Kalau beli atau makan di kedai, biasanya mesti ada bahan perasa dan gula. So untuk selamat, masak sendiri lah.

ok, Setakat ni itu ja lah perkara paling penting untuk mulakan diet Atkins. Mungkin next post saya boleh cerita in detail setiap satu tu. Stay tuned. Keep losing weight kawan-kawan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge