Diet Atkins · Shaklee

Detox Day 2. Detox boleh turunkan berat badan.

Salam semua. Amacam detox 1st day semalam? Kawan-kawan group share pengalaman, semua menghadapi dugaan godaan makanan yang hebat. haha. Biasalah tu kalau hujung minggu. Sebab kita keluar pegi sana sini kan.

Saya pun nervous bila sampai jak weekend. Haha. Sebab weekend lepas saya tercheat sebab jalan-jalan pegi rumah my uncle. Kebetulan sepupu suami beli tart UFO yang famous di Sandakan. Sebelum ni pernah sudah makan, tidak sedap pun, rasa telampauuuu manis. Tapi haritu nampak macam sedap pulak. Rasa sikit, ohhhh sedapnyaaaaaa. Mungkin yang sebelum ni tu beli di bakery lain.

So weekend baru ni saya rasa mungkin ok sikit sebab Sabtu suami outstation pagi sampai malam. Then Ahad (semalam) pun dia macam penat so seharian kami di rumah jak. Sekali petang tu lepas Asar, dia ajak pegi cucur labu lah pulak di Taman Fajar. Huhu.

So saya terus cepat-cepat isi perut supaya kenyang. Makan telur dadar & minum green tea. So masa berjalan tu saya tidak terliur pun makanan yang suami beli. Dia beli goreng pisang, sate, terang bulan (apam balik) ohh nasib baik cucur labu tiada. Cucur labu tu susah mau resist lah sedap betul.

Lepas Iman minta beli mainan, masih awal petang, so kami teruskan perjalanan ikut Jalan Cecily sampai ke bandar. 1st time saya ikut jalan itu. Bukit-bukit. Hehe. Sampai bandar, kami pegi Harbour Mall mau cari mainan Iman. Lepas tu suami ni mau makan McD lah pulak. Macam-macam lah selera dia ni time orang diet. Haha.

Tapi alhamdulillah, dapat jugak saya tahan nafsu tu. Sebenarnya berapa kali sudah saya pegang sate tu, tapi bila fikir yang mesti dorang perap dengan gula, terus ndak jadi. Sayang ketosis oii.. Alhamdulillah bali rumah terus masak ikan masak lemak. Heaven sangat rasanya. Makan sorang jak sebab yang lain sudah kenyang kan. Haha.

So hari ni hari kedua Detox.

Tadi timbang berat 66.8kg. Ehem-ehem. Happynya.

Happynya perasaan berat turun tiap hari walaupun sikit. Dan happynya perasaan dapat tahan daripada cheat. Harap-harap terus istiqamah. Amin.

Wazie | 016-810 4057
Pengedar Shaklee Sandakan.
COD Sandakan.
Pengeposan Seluruh Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge