Uncategorized

Iman sakit gigi

Mungkin cabut-cabut gigi ni jarang berlaku pada budak-budak kecik kan. Baru 3 tahun 10 bulan sudah cabut gigi? Biar betul. Haha.
Tapi itulah yang jadi dengan anak sulung saya, Iman.
Puncanya? Dia tidak mau langsung berus gigi. Terasa sikit pun ubat gigi tu dia terus mau muntah. Berapa banyak perisa saya cuba, semua gagal. Tambah lagi masa tu tengah pregnant anak kedua, tidak larat berperang dalam bilik mandi untuk berus gigi dia. Last-last buruk lah gigi depan dia secara perlahan-lahan.
Semuanya baik-baik saja sampailah satu masa tu Iman makan coklat Cadbury. Tiba-tiba dia nangis. Boleh agak sudah dia sakit gigi sebab bibir dia merah. Malam tu bibir atas dia mula bengkak, esok pagi bertambah teruk. Sampai berubah terus muka dia. Lucu pun ada.
So kami bawa pegi jumpa dentist. Doktor just boleh bagi antibiotik sebab tidak boleh buat apa pun kan. Mau cabut pun tidak boleh sebab tengah bengkak. Lagipun dia masih kecil, takut dia trauma pulak.
Lepas makan antibiotik, bengkak tu surut dan sakit gigi pun hilang. Tapi tidak lama lepas tu sakit dan bengkak lagi. Pegi dentist, dapat antibiotik lagi.
Kami decide mau cabut jak terus gigi buruk tu. Tapi dentist yang kami pegi tu refer kami ke Hospital Likas.
Dipendekkan cerita, kami dapat appointment jumpa doktor pakar gigi kanak-kanak di Hospital Likas. Doktor tu tengok gigi iman buruk dan berwarna coklat, maksudnya bakteria gigi buruk tu masih aktif. Doktor cadangkan perlu cabut untuk elak bengkak berulang-ulang. Kalau gigi buruk yang warna hitam tu boleh biarkan dia reput dan jatuh sendiri.
Oleh sebab cabut cara biasa kemungkinan tidak berhasil, doktor bagi 2 pilihan.
Pertama, cabut dengan cara bagi sedut gas untuk dia mamai. Tapi maksimum bole cabut 2 batang sahaja dalam satu sesi. Kiranya kalau iman ni kena buat 2 sesi sebab mau cabut 4 batang gigi. Cara ni tidak semestinya berhasil sebab ada kes di mana budak tu tidak mamai pun.
Pilihan kedua pulak, cabut dengan cara bius tidur. Untuk cara ni, akan dijalankan dalam dewan bedah. Semua gigi yang buruk akan dicabut dan kalau ada yang perlu tampal akan ditampal sekali harung. Alang-alang sudah tidur kan.
Tapi kena tunggu turn lah. Iman hari tu dalam 4 bulan kena tunggu. Sebelum tu ada appointment dengan pakar bius dulu. So, untuk proses cabut gigi tu saya share dalam entry yang lain pulak okey 😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge